PAUTAN BERSAMA

Tuesday, March 6, 2012

LAWATAN PENANDA ARASAN KE PUSAT SUMBER SM LA SALLE

Pada 22 Februari yang lepas, pengawas pusat sumber dan juga guru telah mengadakan lawatan penanda arasan ke pusat sumber sekolah SM La Salle. Banyak idea dan input yang di perolehi hasil daripada lawatan sulung pusat sumber sekolah SMKKL, terutamanya kepada pengawas pusat sumber yang telibat dengan lawatan. Diharapkan ini merupakan sebagai satu titik permulaan untuk pusat sumber SMKKL membuat perubahan untuk mengembangkan dan meluaskan ilmu yang ada di persekitaran sekolah. Kepada pengawas pusat sumber yang terlibat, TAHNIAH kerana menunjukkan disiplin yang baik sepanjang lawatan diadakan dan cikgu berharap agar anak-anak (pengawas ps)akan bersemangat untuk menjadi pengawas ps yang cemerlang. Kepada GPM SM La Salle, Pn. Aisah Rastim, terima kasih atas tunjuk ajar, paduan dan sokongan sebagai rakan GPM dalam menguruskan pusat sumber yang sangat besar cabaran, dugaan dan tanggungjawabnya. Terima kasih juga kerana sudi untuk menerima kunjugan kami..Wasalam..

Thursday, February 23, 2012

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS


Pada 30 Januari 2011 bersamaan dengan hari Isnin, pusat sumber sekolah telah melaksanakan latintikan watikah pengawas PSS bagi tahun 2012. seramai 25 orang pengawas sidang pagi dan 16 orang pengawas sidang petang yang keseluruhannya berjumlah 41 orang telah dilantik secara rasmi. Di harapkan semua pengawas yang telah dilantik akan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan jujur. TAHNIAH DI UCAPKAN!

Wednesday, March 23, 2011

PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA ANJURAN SCHOLASTIC MALAYSIA

GPM sedang memberikan taklimat sebelum acara membaca 1 Malaysia dimulakan.

AKTIVITI PSS SMK KOLOMBONG SEPANJANG TAHUN 2010


KATA ALUAN DARI GPM SMKKL

Assalammualaikum w.w..syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat mengwujudkan blog pusat Sumber Sekolah SMK Kolombong. walaupun sebelum ini telah berusaha untuk mengwujudkan laman web sendiri, tepi dek kerana banyak sangat kekangan dari segi pentadbiran, masa dan sebagainya dan yang sewaktu dengannya, maka tidak dapat lah disiapkan sepenuhnya laman web tersebut.hanya 5% sahaja complete..akhirnya idea tercetus untuk mengujudkan blog sahaja..
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk (macam biasa la seperti orang lain juga (guru perpustakaan dan media especially) untuk publish, mempamerkan dan memaklumkan tentang apa yang terdapat dan berlaku di pusat sumber sekolah. Diharapkan blog ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada seluruh warga SMK Kolombong khasnya dan juga kepada pusat sumber dari sekolah lain. Bagi pihak Unit Pusat Sumber SMK Kolombong, kerjasama dalam menjalinkan hubungan antara sekolah dan bertukar maklumat amatlah dialu-alukan.